Pembinaan (Tulisan Jawi: ڤمبينأن) merupakan binaan atau penyambungan infrastruktur dalam bidang seni bina dan kejuruteraan awam. Pembinaan skala besar memerlukan kepakaran dan teknologi. Sesuatu pembinaan biasanya diketuai oleh ketua projek yang akan dibantu oleh pengurus pembinaan, jurutera seni bina, jurutera pembinaan atau arkitek. Untuk memastikan pembinaan berjalan dengan lancar, perancangan yang berkesan amat penting.
DEFINISI 'KERJA PEMBINAAN'
Kerja pembinaan merujuk kepada pembinaan, penyambungan, pemasangan, pembaikan, penyenggaraan, pembaharuan, pemindahan, pengubahsuaian, pengubahan, perombakan atau perobohan.
Mana-mana bangunan, binaan, bangunan besar, struktur, dinding, pagar atau cerobong sama ada dibina keseluruhannya atau sebahagiannya di atas atau di bawah paras bumi.
Apa-apa kerja elektrik, mekanikal, air, gas, petrokimia atau telemunikasi; atau
Mana-mana jambatan, jejambat, empangan, takungan, kerja tanah, talian paip, salur najis, akueduk, pembentung, pemacu, syaf, terowong atau kerja penebusgunaan, dan termasuklah:-
- Apa-apa kerja yang membentuk bahagian yang penting dan integral atau adalah persediaan atau sementara bagi kerja-kerja yang diperihalkan termasuklah pembersihan tapak, penyelidikan dan pembaikan tanah, pemindahan tanah, penggalian, peletakan batu asas, pemulihan dan landskap tapak;atau.
-Pemerolehan bahan binaan, kelengkapan atau pekerja yang semestinya bagi mana-mana kerja yang diperihalkan.