Kontraktor disifatkan telah memeriksa dan meneliti tapak bina dan sekitarnya, bentuk dan jenis tapak bina, takat dan jenis kerja, bahan dan barang yang perlu bagi menyiapkan kerja, cara-cara perhubungan dan laluan masuk ke tapak bina dan hendaklah mendapatkan sendiri segala maklumat yang perlu tentang risiko, luar jangkaan dan segala hal-keadaan yang mempengaruhi dan menjejaskan
sebutharganya. Sebarang tuntutan yang timbul akibat daripada kegagalan kontraktor mematuhi kehendak ini tidak akan dipertimbangkan.
Kerja-kerja yang dilaksanakan hendaklah mematuhi Spesifikasi, pelan-pelan, butirbutir kerja dalam Ringkasan Sebutharga dan Syarat-syarat yang dinyatakan dalam Sebutharga.
Dokumen Sebutharga ini dan arahan Pegawai Inden atau wakilnya. Sebarang
penambahan kerja yang tidak tercatat dalam syarat tawaran, tidak akan bertanggungjawab untuk menjelaskan bayaran.